Berita UtamaDunia

Arab Saudi lancar 34 serangan udara ke atas Yaman

Musnahkan bangunan dan perumahan milik orang awam

SANAA, 1 Jamadilawal 1443H, IsninArab Saudi terus melancarkan serangan udara baharu ke atas Yaman dengan menyasarkan beberapa wilayah di seluruh negara itu.

Pesawat Arab Saudi melancarkan lima serangan udara di bandar Sanaa, petang Ahad lapor rangkaian televisyen, Masirah.

Turut disiarkan kesan daripada serangan yang menyasarkan lokasi bengkel penyelenggaraan kenderaan.

Terdahulu, sebanyak 34 serangan udara dilakukan di beberapa kawasan termasuk di wilayah Ma’arib.

Agensi berita Saba yang memetik seorang pegawai melaporkan, serangan udara di daerah al-Jubah dan Sirwah telah memusnahkan bangunan dan perumahan milik orang awam.

Malah, jet turut mengebom daerah Maqbanah di selatan wilayah Yaman walaupun tiada laporan kematian dilaporkan.

Arab Saudi mula melancarkan serangan ke atas Yaman sejak Mac 2015 dengan harapan membawa semula bekas Presiden, Abd Rabbuh Mansour Hadi untuk kembali berkuasa dan sekali gus menjatuhkan kerajaan Ansarullah.

Peperangan berkenaan mengorbankan ratusan rakyat sehingga menyebabkan merema kehilangan tempat tinggal. – Agensi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button