Berita UtamaDunia

Arab Saudi lulus vaksin Sputnik V

Pelancong asing masih perlu dikuarantin 48 jam

MOSCOW, 1 Jamadilawal 1443H, Isnin – Kerajaan Arab Saudi membenarkan kemasukan individu yang mengambil vaksin Sputnik V Russia ke negara itu mulai 1 Januari 2022.

Dana Pelaburan Langsung Russia (RDIF) berkata, keputusan itu akan membolehkan umat Islam dari seluruh dunia yang disuntik vaksin Sputnik V untuk menyertai ibadah haji dan umrah ke tapak paling suci Islam di Makkah dan Madinah.

Bagaimanapun, pelancong asing yang disuntik vaksin itu masih perlu dikuarantin selama 48 jam dan menjalani ujian Reaksi Rantaian Polimerase (PCR).

“Arab Saudi telah menyertai lebih 100 negara yang menerima pelawat yang disuntik vaksin Sputnik,” kata RDIF.

Katanya, hanya 15 negara termasuk Amerika Syarikat (AS) ketika ini memerlukan pengembara mengambil vaksin selain Sputnik.

Wabak coronavirus untuk tahun kedua ini telah memaksa pihak berkuasa Arab Saudi mengecilkan kuota haji secara mendadak.

Hanya 60,000 rakyat dan penduduk negara itu yang menerima vaksin lengkap mengambil bahagian tahun ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button