Berita Utama

Belum tahu kos tunai haji, kiraan masih dilakukan

Kuota dibuat berdasarkan keadaan semasa di Makkah

KUALA LUMPUR, 1 Jamadilawal 1443H, IsninJumlah kuota musim haji 1443H/2022M dan harga bagi mengerjakan ibadah itu akan diumumkan awal tahun depan.

Menteri Di jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, penetapan harga berkenaan belum ditentukan lagi kerana masih terdapat pengiraan kos yang sedang dilakukan.

“Mesyuarat menentukan peningkatan kuota diadakan pada awal tahun hadapan dan penentuan keputusan akan dibuat berdasarkan keadaan semasa di Makkah.

“Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) iaitu harga meningkat sebanyak 41 peratus, namun kos bayaran (menunaikan) haji akan dibentangkan dalam Kabinet,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kos dijangka meningkat kepada lebih RM30,000 berbanding RM23,000 sebelum ini susulan peningkatan VAT.

Sebahagian besar peningkatan kos berkait rapat dengan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang perlu dipatuhi termasuk penjarakan fizikal seperti had kapasiti bilik hotel dan bas.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button