Berita Utama

PAS yakin menang kerusi sulung PRN Sarawak

'Hati mesti genggam bara semangat perjuangan yang sama'

KUCHING, 1 Jamadilawal 1443H, IsninPAS mengakui berpotensi memperoleh kemenangan sulung dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke -12, kata Ketua Penerangannya Senator Khairil Nizam Khirudin.

“Alhamdulillah, berdasarkan kepada taklimat yang diberikan kepada kami, Insya-Allah PAS berpotensi untuk mendapat kerusi sulung di Sarawak dalam PRN kali ini,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Beliau hari ini mengiringi calon tunggal PAS, Mohammad Arifiriazul Paijo yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro di pusat penamaan calon di Beting Maro, Sarawak.

Turut bersama mengiringi Mohammad Arifiriazul ialah Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pada masa sama, Khairil merayu kepada semua ahli dan penyokong di seluruh negara untuk menyokong Mohammad Arifiriazul melalui bantuan dalam pelbagai aspek mengikut kemampuan serta kapasiti yang ada.

“Biarpun kita jauh dari sudut jarak, namun hati kita semua mesti menggenggam bara semangat perjuangan yang sama.

“Apa yang paling penting ialah kebersamaan kita dengan calon yang telah dipilih oleh jemaah iaitu saudara Arif dalam langkah perjuangan beliau bermula hari ini sehingga ke hari pengundian nanti,” katanya.

Terdahulu, PAS memulakan proses penamaan calon PRN dengan solat hajat dan doa selamat sebelum calon bergerak ke pusat penamaan calon yang terletak hampir 300 kilometer dari Kuching.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button