Dunia

Perancis kesan wabak selesema burung baharu

Kali pertama tercetus di sebuah ladang ayam pada 26 November

PARIS, 1 Jamadilawal 1443H, Isnin – Pihak berkuasa tempatan Perancis mengesan satu kluster selesema burung baharu yang didakwa mempunyai kaitan dengan sebuah ladang ayam di wilayah utara negara itu.

Selesema burung yang sangat patogenik  – selalunya tersebar melalui burung liar. Wabak pertama dikesan di sebuah ladang ayam di Perancis pada 26 November lalu.

Beberapa kes sebelum ini juga telah dikesan di Perancis membabitkan ternakan ayam dan pada burung liar, sehingga mendorong kerajaan mengarahkan peliharaan seperti ayam dan itik disimpan didalam rumah.

Pihak berkuasa kerajaan wilayah utara Perancis berkata, langkah perlindungan kesihatan baharu boleh diguna pakai bagi mengelakkan penularan penyakit itu.

Gelombang besar virus pada musim sejuk lalu menyebabkan pihak berkuasa terpaksa memusnahkan lebih tiga juta itik di wilayah barat daya – yang terkenal dengan pengeluaran foie gras pate.

Selesema burung tidak boleh berjangkit melalui pemakanan produk ayam, tetapi wabak itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli epidemiologi, terutama apabila dunia mula pulih daripada pandemik COVID-19.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button