Berita UtamaDunia

Qatar, Turki tambah dana bantu rakyat Afghanistan

Masyarakat antarabangsa digesa salur bantuan

DOHA, 1 Jamadilawal 1443H, Isnin – Kesungguhan Qatar dan Turki menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Afghanistan perlu dicontohi negara-negara lain.

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata, rakyat Afghanistan kini berdepan saat getir dan sangat memerlukan bantuan demi meneruskan kehidupan.

“Tidak kira fahaman politik dan masyarakat antarabangsa digesa untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang ini sedang berdepan krisis kemanusiaan,” katanya di Doha.

Beliau menjelaskan, Turki kini sedang bekerjasama Qatar untuk menyalurkan dana tambahan bagi menyampaikan bantuan.

“Yayasan Maarif Turki sedang meneruskan aktiviti pembelajaran bagi memastikan lebih banyak sekolah di buka kepada rakayat Afghanistan dan 10 daripada di khususkan kepada pelajar perempuan,” katanya.

Persatuan Bulan Sabit Merah Turki dan Qatar kini sedang giat menyampaikan bantuan kepada penduduk di Afghanistan.

Beliau pada masa sama memuji tindakan prihatin Qatar bagi mencapai keamanan di negara bergolak selepas Taliban mengambil alih pentadbiran Ogos lalu dan memastikan lapangan terbang negara dibuka semula di negara berkenaan.

Perkara ini katanya, perlu dirunding dengan Taliban terlebih dahulu sambil menambah kerjasama Turki dan Qatar akan berterusan dalam pelbagai bidang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button