Berita Utama

PAIP hargai sumbangan ISMA, Yayasan Maghfirah dan Aman Palestin bantu mangsa banjir

Terima 2 lori tangki, 10 tangki air statik melalui Misi Bantuan Banjir ISMA 2021

BANGI, 27 Jamadilawal 1442H, Isnin – Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) menghargai sumbangan yang diberikan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Yayasan Maghfirah dan Aman Palestin bagi membantu proses pemulihan bekalan air di daerah Raub.

PAIP dilaporkan berkata, pihaknya menerima dua lori tangki dan 10 unit tangki air statik daripada sumbangan Misi Bantuan Banjir ISMA 2021.

“PAIP daerah Raub menyusun jadual operasi secara berpusat dan telah membekalkan air ke Kg Sungai Pasu yang berjumlah 200 akaun.

“Pihak PAIP sangat menghargai sumbangan bantuan ini dan merakamkan jutaan terima kasih,” katanya menerusi pesanan ringkas kepada Relawan Muda ISMA.  

Misi Bantuan Banjir ISMA 2021 dilancarkan bagi membantu mangsa yang terjejas di negeri-negeri Pantai Timur dan Perak.

Sebanyak RM500,000 kutipan dana disasarkan bagi menampung keperluan mangsa ketika dan pasca banjir.

Sehubungan itu, mana-mana pihak swasta, perseorangan atau sesiapa sahaja yang ingin menghulurkan sumbangan wang ringgit, boleh disalurkan kepada Yayasan Maghfiran (CIMB- 8603221427).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button