Berita Utama

Lakonan mantap! Warganet selar Hannah Yeoh musang berbulu ayam

Jangan mudah tertipu adegan pakai tudung masuk masjid

BANGI, 2 Jamadilawal 1443H, Rabu – Tindakan ‘non muslim’ memakai tudung bukan perkara mengejutkan, namun hangat diperkatakan selepas wakil rakyat parti tamak haloba DAP, Hannah Yeoh mengenakan tudung ketika memasuki sebuah masjid.

Ahli Parlimen Segambut itu seolah-olah mengulangi ‘babak’ sama pada suatu ketika dahulu sekali gus dikecam ramai pihak kerana didakwa hanya mahu memancing undi Melayu.

Bahkan, tindakan Hannah memakai tudung ketika menyertai satu majlis di dalam kawasan masjid turut mengundang rasa kurang senang daripada rakan seperjuangannya.

Isu berkenaan turut menarik perhatian rata-rata netizen yang mengibaratkan Hannah sebagai ‘musang berbulu ayam’, justeru meminta rakyat untuk tidak mudah tertipu dengan adegan pemimpin DAP ini.

“Kalau nak menyantuni Melayu, tak payah berlakon. Jika tak ada keperluan penting tak perlu masuk masjid,” kata Lala.

“Lakonan yang mantap!,” tulis Belalang hitam secara ringkas.

“Kita puji keperibadian beliau tapi kita tetap kena berhati-hati. Musang berbulu ayam,” tulis Seraimie Amir.

“Jangan tertipu wahai Melayu Islam,” demikian pula kata Tamizi Ibrahim.

Sebahagian netizen juga mengetengahkan seperti isu ini seperti tindakan pengasas Singapura, Lee Kuan Yew yang memakai songkok didakwa untuk memenangi hati orang Melayu.

“Teringat dekat Singapura dulu, Lee Kuan Yew pangkai songkok,” sindir M Hafizzuddin Ju’ma.

“Jangan lupa sejarah. Lee Kuan Yew dulu siap bersongkok bila nak dapat sokongan Melayu,” kata Careray Dacascos

“Dulu zaman PAP Singapura, Lee Kuan Yew pakai songkok kempen di kalangan orang Melayu. Lepas menang Melayu ditindas.

“DAP, tulisan Jawi 3 muka surat pun dituduhnya Islam rasis, maka kalau tak ambil iktibar pasal Hannah Yeoh ini, baik pegi hijrah Singapura baru tahu langit tinggi rendah,” kata Aminuddin Abu Hassan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button