Artikel KhasIstimewa

Rider ditindas: Mana SUHAKAM? Malulah ada agensi sebegini

Pengiktirafan gender ketiga laju pula nak buat kajian dan program

DALAM isu eksploitasi para rider p-hailing yang tular baru-baru ini, di mana didakwa Rider akan ‘dihukum’ kerana berhenti bersolat, dinafikan hak-hak pekerja dan seumpamanya nampaknya tidak mendapat simpati dan perhatian pihak SUHAKAM pun.

SUHAKAM selaku sebuah agensi bertaraf suruhanjaya mengenai hal-hal hak asasi sepatutnya bertindak membuat sesuatu.

Sekurang-kurangnya, mereka kemukakan syor supaya suatu pasukan siasatan atau kajian kepada Parlimen dan menteri lebih-lebih lagi mereka di bawah pejabat Menteri Undang-Undang dan Parlimen.

Pasal kajian pengiktirafan gender ketiga laju pula nak buat kajian dan program-program!

Kali terakhir kita lihat SUHAKAM keluar kenyataan rasmi ialah mengenai Belanjawan, di mana mereka menggesa agar peruntukan kepada mereka ‘dicukupkan’ selaras cadangan Ahli Parlimen DAP yang menggesa peruntukan kepada mereka ditambah kepada RM12.5 juta.

Sebenarnya saya sengaja beri peluang waktu kepada SUHAKAM untuk respon isu ini, kalau-kalau mereka ‘terlalu sibuk’. Ini dah hari ke berapa entah, senyap sahaja.

Takkanlah nak tunggu rakyat desak dan marah baru nak bertindak? Padahal pada masa yang sama, hak golongan ‘songsang’, hak pekerja asing, himpunan haram, konvensyen-konvensyen antarabangsa (seperti ICERD) boleh pula proaktif, laju dengan bersungguh-sungguh?

Malulah kita ada agensi sebegini.

Haji Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
7 Disember 2021

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button