Berita Utama

Syor universiti buat kajian punca kenaikan harga barang

Kawal, didik keluarga berdepan keadaan mengancam

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 2 Jamadilawal 1443H, Selasa – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengajak rakyat mencari ikhtiar punca kenaikan harga barang keperluan asas yang begitu mendadak.

Justeru, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan mengesyorkan pihak universiti menjalankan kajian mengenai masalah yang dialami rakyat ketika ini.

“Kaji betul-betul, diberi kebebasan kepada pelajar untuk membuat polisi. Jadi kita boleh kenal pasti dan tukar polisi apa yang perlu ditukar. Ini dah 60 tahun buat perkara yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel program Dimensi yang bertajuk ‘Kartel’ Punca Harga Barang Naik? yang disiarkan secara langsung di TV Pertiwi, malam ini.

Nadzim turut membidas agensi berkaitan yang dilihat gagal dalam menangani kenaikan harga barang keperluan asas.

“Yang paling salah adalah dasar. Contohnya dasar dibuat Kementerian Pertanian, KPDNKK, MITI. Sepatutnya dasar perlu betul,” bidasnya.

Mengulas lanjut Nadzim berkata, mungkin tiba masanya untuk mengawal dan mendidik keluarga berdepan keadaan yang mengancam seperti kenaikan harga barang ini.

“Kita kena jelas (polisi) kerana kita ini dalam tekanan.

“Mungkin sebelum ini kita tidak banyak tekanan..jadi kita nak buat dasar contohnya untuk menjadi ‘next exporter’,” katanya.

Pautan Dimensi;
https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/952006122192467/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button