Berita UtamaDunia

Tindakan Kuwait halang kemasukan kapal Israel bukti perjuangan terhadap Palestin

Seluruh rakyat zahirkan penghargaan, motivasi untuk terus tentang rejim haram

KUWAIT, 2 Jamadilawal 1443H, Selasa – Keputusan kerajaan Kuwait menghalang kemasukan kapal komersial yang membawa barangan ke dan dari negara Israel memasuki wilayah perairannya harus dipuji.

Duta Besar Palestin ke Kuwait, Rami Tahboub percaya itu antara tindakan sokongan terhadap rakyat Palestin dalam memperjuangkan hak mereka.

Beliau menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Kuwait berikutan keputusan mengharamkan kemasukan kapal kargo rejim Zionis ke negara itu.

“Mewakili Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan seluruh rakyat Palestin, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Putera Mahkota, Amir Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dan Perdana Menteri, Sheikh Sabah Al-Khaled Al- Hamad Al-Sabah.

“Keputusan Kuwait merupakan satu lagi bukti perjuangan terhadap Palestin,” katanya.

Malah, Rami berkata, tindakan berkenaan memberikan sokongan motivasi kepada penduduk Palestin untuk meneruskan berjuangan terhadap negara Zionis.

Kuwait mengekalkan pendirian yang konsisten dalam menentang normalisasi dengan negara haram Israel.

Tahun lalu, selepas Perjanjian Abraham ditandatangani antara Israel dan negara Teluk, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain, sebanyak 37 penggubal undang-undang Kuwait menggesa kerajaan mereka untuk mengecam tindakan itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button