Berita UtamaDunia

Varian Omicron mudah berjangkit, tapi mungkin tak seteruk Delta: Saintis AS

Keputusan makmal uji kesan antibodi daripada vaksin diperoleh masa terdekat

LONDON, 3 Jamadilawal 1443H, Rabu Saintis Kanan Amerika Syarikat (AS) berpandangan varian Omicron yang dikesan awal di Afrika Selatan tidak seteruk varian sebelumnya.

Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Nasional (NIAID), Dr Anthony Fauci berkata, varian terbaharu itu ‘lebih mudah berjangkit’ berbanding Delta, yang kini menjadi strain paling dominan di seluruh dunia, selain data epidemiologi terkumpul menunjukkan jangkitan semula lebih tinggi dengan Omicron.

Namun, varian Omicron mungkin lebih sederhana, tetapi tahap keseriusannya hanya boleh dinilai selepas beberapa minggu.

“Keputusan eksperimen makmal yang menguji kesan antibodi daripada vaksin terhadap Omicron akan diperoleh dalam tempoh beberapa hari atau minggu akan datang,” katanya.

Malah tahap keseriusan penyakit yang dicetuskan Omicron, hampir pasti lebih ringan berbanding Delta’.

“Ada yang berpandangan yang ia mungkin tidak kritikal kerana jika dilihat jumlah kes di Afrika Selatan nisbah antara jumlah jangkitan dan kemasukan ke hospital dilihat lebih rendah berbanding Delta,” katanya.

Bagaimanapun Fauci menegaskan, adalah penting untuk tidak terlalu berlebihan dalam menilai data itu kerana populasi yang diteliti membabitkan golongan muda yang lebih cenderung untuk tidak dimasukkan ke hospital.

“Saya tidak rasa varian ini akan membawa kepada situasi terburuk, namun apa saja boleh berlaku,” katanya.

Meskipun varian Omicron belum dikaitkan dengan sebarang kes kematian, saintis itu melahirkan kebimbangan dengan varian berkenaan yang boleh menyerang sel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button