Berita UtamaDunia

57 negara kesan varian Omicron

Jumlah kemasukan ke hospital dijangka meningkat jika ia merebak

GENEVA, 3 Jamadilawal 1443H, Rabu – Varian Omicron dilaporkan dikesan di 57 negara, dengan kes COVID-19 meningkat di selatan Afrika termasuk Zimbabwe, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hari ini.

WHO dalam laporan epidemiologi mingguannya memaklumkan, bilangan pesakit yang memerlukan kemasukan ke hospital mungkin meningkat apabila ia merebak.

Katanya, lebih banyak data diperlukan untuk menilai tahap keterukan penyakit yang disebabkan oleh varian Omicron.

Data itu juga diperlukan untuk melihat sama ada mutasinya akan mengurangkan perlindungan daripada imuniti yang diperoleh daripada vaksin.

“Walaupun keterukan adalah sama atau berpotensi lebih rendah daripada varian Delta, kemasukan ke hospital dijangka meningkat jika lebih ramai orang dijangkiti.

“… dan akan terdapat selang masa antara peningkatan dalam kejadian kes dan peningkatan angka kematian,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button