Dunia

Israel rakus! 18 ditahan termasuk kanak-kanak di wilayah dijajah

Setiap hari serbu, cetus pertempuran dengan rakyat Palestin

RAMALLAH, 3 Jamadilawal 1443H, Rabu – Pasukan pengganas Israel hari ini menahan 18 lagi rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak dalam serbuan besar-besaran di seluruh wilayah yang dijajah.

Sumber memberitahu, seramai lapan rakyat Palestin dari daerah Bethlehem, Tebing Barat – termasuk seorang ibu kepada dua anak – ditahan selepas rumah mereka di bandar Tuqua diceroboh dan digeledah tentera Zionis.

Shurouq al-Badan, 28, pernah berada kira-kira 20 bulan dalam tahanan pentadbiran, dan ditangkap kembali hanya selepas enam bulan dibebaskan oleh rejim itu.

Tentera penjajah turut menahan empat yang lain termasuk seorang remaja bawah usia 17 tahun, selepas rumah keluarganya di bandar Beit Fajjar diserbu.

Rejim Israel turut melakukan serbuan sama di bandar Beit Sahour, timur Bethlehem sehingga membawa kepada penahanan tiga lagi penduduk Palestin.

Di daerah Baitulmaqdis, lima individu termasuk kanak-kanak bawah umur 15 tahun ditahan selepas serbuan sama dibuat di kawasan kejiranan Isawiyya.

Malah, rejim turut menyerbu kem pelarian Amari, di selatan bandar al-Bireh menyebabkan seorang ditahan dan di bandar Birzeit serta kampung Deir Nidham, barat laut Ramallah.

Bagaimanapun, tiada sebarang penahanan dan kecederaan dilaporkan di dua kawasan terbabit, kata sumber.

Hampir setiap hari tentera Israel menyerbu rumah Palestin dan mencetuskan pertempuran dengan penduduk di seluruh Tebing Barat, kononnya mencari individu ‘dikehendaki’.

Serbuan itu turut dilakukan di kawasan yang berada bawah kawalan penuh Pihak Berkuasa Palestin (PA), dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang waran. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button