Berita UtamaDunia

Krisis mata wang: Belum ada petunjuk jelas Qatar mahu bantu Turki

Bincang cara tingkatkan hubungan ekonomi kedua-dua negara

DOHA, 3 Jamadilawal 1443H, Rabu – Presiden Turki menamatkan lawatan ke Qatar tanpa sebarang perjanjian penting atau petunjuk Doha akan membantu Ankara ketika mana berdepan krisis kejatuhan mata wang dan inflasi.

Sepanjang lawatan bersejarah itu, Presiden, Recep Tayyip Erdogan dan Emir Sheikh Tamim Hamad Al-Thani menandatangani 15 perjanjian dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan bencana.

Perjanjian itu termasuk mahu ‘meneroka lebih banyak bidang’ bagi meningkatkan hubungan ekonomi dan kewangan.

Malah, Qatar dalam kenyataan pula bersedia untuk melanjutkan perjanjian pertukaran mata wang asing dengan Turki di mana Doha telah meningkatkan tiga kali ganda tahun lalu.

Perjanjian berkenaan dibuat buat bagi meningkatkan semula rizab asing Turki selain memulihkan mata wang lira.

Kenyataan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan jumlah bantuan secara langsung.

Bagaimanapun, menteri luar Turki berkata, Ankara tidak bercadang untuk meminta bantuan kewangan Doha manakala rakan sejawatannya dari Qatar berkata, negara itu sedang melihat peluang daripada cabaran ekonomi Turki.

Qatar mempunyai hubungan kukuh dengan Turki yang menyokong Doha apabila Arab Saudi dan tiga negara Arab lain, termasuk Emiriah Arab Bersatu, mengenakan sekatan ke atas Qatar, pertengahan 2017 berturut-turut yang diselesaikan Januari lalu.

Negara-negara berkenaan memboikot berikutan membantah tindakan Qatar yang membina pangkalan tentera bukan kerajan Arab-Turki, yang menjadi punca perbalahan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button