Berita Utama

Kadar pengangguran turun kepada 4.3 peratus

Jumlah penganggur kini ke paras terendah iaitu 705,000

KUALA LUMPUR, 4 Jamadilawal 1443H, Khamis – Kadar pengangguran domestik turun dengan cepat untuk bulan ketiga berturut-turut kepada 4.3 peratus pada Oktober berbanding 4.5 peratus pada September.

Ia mencerminkan pemulihan berterusan dalam ekonomi domestik dan pengetatan pasaran buruh.

Kenanga Investment Bank Bhd menyatakan bahawa pengangguran domestik turun untuk bulan ketiga berturut-turut kepada 3.4 peratus bulan ke bulan (MoM) berbanding -2.6 peratus pada September, menjadikan jumlah penganggur ke paras terendah iaitu 705,000 berbanding 729,600 pada bulan September.

Firma penyelidikan itu juga menyatakan bahawa peningkatan pekerjaan mencatatkan pertumbuhan berterusan pada 0.6 peratus MoM pada Oktober, berikutan penciptaan pekerjaan yang mampan.

Tenaga buruh domestik berkembang 0.4 peratus MoM pada Oktober, menjadikan jumlah tenaga buruh ke rekod tertinggi iaitu 16.26 juta orang berbanding 16.19 juta pada September.

Penciptaan pekerjaan baharu melonjak ke paras tertinggi 16 bulan iaitu 91,100 berbanding 86,900 pada September.

Kadar penyertaan tenaga buruh meningkat kepada 68.8 peratus pada Oktober untuk bulan ketiga berturut-turut.

Kenanga menyatakan bahawa peningkatan berterusan dalam ekonomi domestik dijangka berterusan pada suku keempat (Q4) 2021 selaras dengan penyambungan semula kebanyakan aktiviti ekonomi hasil daripada kemajuan kempen vaksinasi COVID-19 dan pelbagai sokongan dasar yang berterusan.

“Walau bagaimanapun, kami masih mengekalkan pandangan optimistik yang berhati-hati terhadap pasaran buruh untuk 2022, memandangkan risiko penurunan berterusan yang dikaitkan dengan perkembangan COVID-19, terutamanya dengan kemunculan varian Omicron baharu.

“… dan kini merebak ke seluruh dunia, termasuk kes pertama dikesan di Malaysia pada 2 Disember,” kata firma penyelidikan itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button