Berita UtamaDunia

Tentera Israel kepung dan serang Sheikh Jarrah

Tutup pintu masuk, halang penyokong dan wartawan masuk kawasan

BAITULMAQDIS, 4 Jamadilawal 1443H, Khamis – Pasukan keselamatan negara pengganas Israel menyerang penduduk Palestin di kejiranan Baitulmaqdis, Sheikh Jarrah, berikutan percubaan mereka menghalang peneroka haram berarak di kawasan itu, lapor Quds Press.

Menurut sumber tempatan, pasukan keselamatan mengepung kawasan Sheikh Jarrah, menutup pintu masuk dan menghalang penyokong serta wartawan daripada memasuki kawasan berkenaan.

Sumber berkata, pihak berkuasa memperhebatkan kedudukan tenteranya di dalam dan sekitar kawasan kejiranan.

Bahkan mereka cuba menolak aktivis – yang tiba untuk bersama-sama dalam solidariti dengan penduduk Sheikh Jarrah – keluar dari kawasan kejiranan.

Awal hari ini, sekumpulan peneroka Yahudi Israel menganjurkan perarakan dan menceroboh Sheikh Jarrah, sambil melaungkan: “Matilah orang Arab.”

Kumpulan peneroka pelampau menggesa penganjuran perarakan ini dengan alasan menyokong peneroka Yahudi Israel di kawasan itu.

Media Israel berkata, peneroka menganjurkan perarakan ini sebagai tindak balas terhadap serangan oleh seorang gadis Palestin berusia 14 tahun yang didakwa menyerang seorang peneroka Yahudi pada Selasa lepas. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button