Berita UtamaDunia

54 maut lori bawa pendatang asing bertembung di Mexico

Pihak berkuasa sedang dalam proses pengecaman mayat

MEXICO CITY, 5 Jamadilawal 1443H, JumaatSebuah lori yang dipenuhi dengan warga asing terbalik dalam kemalangan dan mengorbankan 54 penumpang manakala 105 lagi mengalami kecederaan, lapor pihak berkuasa Mexico.

Gabenor Chiapa, Rutilio Escando berkata, kejadian yang berlaku di Chiapa de Corzo itu melibatkan dua buah lori treler membawa warga asing bertembung di Jambatan Belisario Domínguez.

“Seramai 49 orang dilaporkan terkorban di lokasi kejadian manakala lima lagi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital,” katanya dalam kenyataan di Twitter.

Institusi Imigresen Mexico pula mengesahkan kejadian berkenaan sambil menyifatkan kemalangan sebagai kejadian tragis melibatkan pendatang asing dalam bilangan yang ramai.

Malah, ia juga pertama kali berlaku di Chiapas.

Pihak imigresen kini sedang berusaha untuk mengenal pasti mangsa dan proses pengecaman mayat sedang dijalankan untuk urusan pengebumian.

Katanya, semua kos pengebumian serta urusan penghantaran pulang jenazah ke negara asal akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Sementara itu, bagi pesakit yang dirawat pula akan disediakan bantuan melibatkan makanan, tempat tinggal dan juga kad pelawat sebagai alasan kemanusiaan.

Pihak berkuasa juga akan menyiasat punca sebenar kejadian. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button