Dunia

AS setuju beri dos penggalak untuk remaja 16 dan 17 tahun

Keberkesanan vaksin berkurang selepas dos kedua semua peringkat umur

WASHINGTON, 5 Jamadilawal 1443H, Jumaat – Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) AS membenarkan pemberian dos penggalak bagi vaksin Pfizer-BioNTech untuk individu berusia 16 tahun dan 17 tahun.

Ini bermakna, 2.6 juta remaja AS layak mendapat dos penggalak ekoran kebimbangan terhadap varian baharu COVID-19, Omicron yang telah dikesan di 19 negeri. 

“Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech dapat digunakan untuk individu berusia 16 tahun ke atas sejak hampir setahun lalu, dan kesannya jelas mengatasi potensi risiko,” kata Pengarah Pusat Biologi FDA, Dr Peter Marks. 

Marks berkata, bukti baharu menunjukkan bahawa keberkesanan vaksin terhadap COVID-19 semakin berkurangan selepas dos kedua ke atas semua golongan dewasa dan remaja dalam kumpulan umur 16 serta 17 tahun.

“Dos penggalak untuk mereka yang mendapat vaksin sekurang-kurangnya enam bulan sebelum ini akan membantu memberikan perlindungan berterusan terhadap COVID-19 dalam kumpulan umur ini dan lebih tua,” katanya.

19 November lalu, FDA membenarkan penggunaan dos penggalak vaksin Pfizer-BionNTech kepada individu berumur 18 tahun ke atas.

Justeru, pihak berkuasa kesihatan AS menggesa semua golongan dewasa untuk mendapatkan suntikan dos penggalak masing-masing, bagi memastikan mereka mendapat perlindungan asas daripada risiko jangkitan teruk COVID-19.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button