Berita Utama

Dong Jiao Zong mahu kedudukan Jawi pada papan tanda SJKC ditukar, letak paling bawah

'Tulisan Jawi tak sepatutnya jadi tulisan utama, sesuai tulisan ketiga'

BANGI, 5 Jamadilawal 1443H, Jumaat – Ibarat diberi betis mahu paha, pertubuhan radikal Dong Jiao Zong tanpa segan silu menuntut Jabatan Pendidikan memperbetulkan susunan tulisan pada papan tanda dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pekan, Pahang.

Ia susulan susunan tulisan papan tanda SJKC yang dipasang memaparkan Jawi menjadi tulisan utama diikuti tulisan Cina dan tulisan rumi.

Dong Jiao Zong kononnya mendakwa, Jawi tidak sepatutnya menjadi tulisan utama pada papan tanda sekolah tersebut.

“Tulisan Jawi pada papan tanda sekolah adalah dasar yang ditetapkan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang yang menyatakan selain kuil dan tokong, semua papan tanda premis perniagaan dan NGO perlu ditambah tulisan Jawi.

“Ini adalah dasar baru negeri tersebut, jadi untuk disesuaikan dengan realiti sebenar, Jawi sepatutnya ditambah sebagai tulisan ketiga,” katanya seperti dilapor Oriental Daily pada 4 Disember.

Oleh demikian, pertubuhan rasis itu meminta Jabatan Pendidikan membetulkan kesalahan yang terdapat pada papan tanda SJKC terbabit agar masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan memuaskan hati semua pihak.

“Dong Jiao Zong mengikuti rapat perkembangan isu papan tanda sekolah yang membabitkan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, dan bertegas bahawa identiti SJKC tidak boleh sama sekali diubah dalam sebarang perlaksanaan dasar jabatan tersebut.

“… demi memelihara keunikan kepelbagaian bahasa dan budaya sekolah vernakular di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Pendidikan Pahang telah membuat papan tanda untuk dua buah SJKC di Pekan dengan tulisan Jawi dan tulisan rumi tanpa tulisan Cina.

Namun selepas bantahan semua pihak dan usaha Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon, Jabatan Pendidikan Pahang telah menambah tulisan Cina pada papan tanda SJKC terbabit.

Pautan terdahulu:
https://ismaweb.net/2021/11/30/papan-tanda-jawi-abang-besar-baru-berdehem-hang-soon-laju-bagi-arahan/
https://ismaweb.net/2021/11/29/isu-papan-tanda-jawi-di-sjkc-dong-zong-sarawak-kecam-pihak-berkuasa/
https://ismaweb.net/2021/11/28/tak-hormat-masyarakat-cina-2-pemimpin-dap-bidas-isu-papan-tanda/
https://ismaweb.net/2021/11/28/adun-dap-bidas-papan-tanda-jawi-di-sjkc-tuntut-diturunkan/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button