Berita Utama

KPM pandang serius kejadian  buli di sekolah

Dimaklumkan bahawa tindakan susulan telah diambil

CYBERJAYA, 5 Jamadilawal 1443H, JumaatKes buli melibatkan seorang pelajar di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dipandang serius oleh Kementerian Pendidikan (KPM) meskipun institusi berkenaan bukan di bawah tanggungjawabnya.

Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pihaknya telah dimaklumkan bahawa tindakan susulan sudah diambil selepas berhubung dengan pihak yang terlibat.

“Saya menerima hantaran video yang tular berkenaan murid yang dipukul di sebuah asrama dan berdasarkan siasatan awal, kami dapati kejadian tersebut tidak melibatkan institusi bawah KPM.

“Namun, KPM telah berhubung dengan pihak yang terlibat dan dimaklumkan bahawa tindakan susulan telah pun diambil.

“KPM komited untuk menyediakan persekitaran sekolah yang selamat selaras dengan konsep #sekolahkuSEJAHTERA,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial video kejadian buli yang dipercayai melibatkan sebuah MRSM.

Menerusi rakaman itu, beberapa orang pelajar dilihat menumbuk seorang rakan sambil beberapa orang lagi memerhatikan sahaja kejadian itu.

Susulan daripada itu, Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang mengesahkan kejadian berkenaan berjanji tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar serta pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button