Berita Utama

Peranan PLO makin kecil, bela rakyat di Tebing Barat, Gaza saja

Pengecilan kuasa satu kejayaan Zionis dalam jayakan Israel Raya

BANGI, 5 Jamadilawal 1443H, Jumaat – Peranan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) kini dilihat semakin mengecil dan tidak lagi bertindak membela nasib rakyat Palestin secara keseluruhannya.

Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, Syed Ahmad Israa Syed Ibrahim berkata, PLO kini hanya berperanan untuk membebaskan penduduk Palestin di kawasan Tebing Barat dan Gaza sahaja.

Katanya lagi, keadaan ini bakal menyukarkan lagi usaha rakyat Palestin menuntut hak mereka yang sudah dirampas sejak sekian lama oleh negara pengganas Israel.

“Kini PLO hanya berperanan untuk bebaskan di kawasan Tebing Barat dan Gaza sahaja, dan bukannya keseluruhan Palestin berkenaan.

“Sedangkan PLO yang ditubuhkan pada tahun 1964 adalah untuk membela nasib Palestin yang berterusan ditindas oleh negara Zionis.

“Pengecilan kuasa berkenaan menunjukkan satu kejayaan baharu negara Zionis dalam menjayakan Israel Raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Bicara Palestin Episode 19 Israel Raya: Lebih 200 Tahun Dijajah Timur Tengah, malam ini.

Mengulas lanjut, Syed Ahmad berkata, apa yang berlaku di Palestin hari ini adalah implikasi daripada kepimpinan negara-negara Islam sendiri yang mengiktiraf negara zalim itu.

Katanya, Mesir dan Jordan adalah antara negara Islam yang pertama mengiktiraf kewujudan Israel walaupun ketika itu semua negara menolaknya.

Malah, katanya pemimpin Arab iaitu Allahyarham Saddam Hussien adalah pemimpin pertama dunia yang datang ke Israel dan menghulurkan tangan dengan membuat perjanjian damai.

Pautan Bicara Palestin
https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/300137678673607

Facebook (https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/300137678673607)
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button