Dunia

Rejim haram tangkap dan ‘sembunyikan’ rakyat Palestin

Israel pecah masuk, ceroboh kejiranan di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 5 Jamadilawal 1443H, Jumaat – Rejim pengganas Israel terus memperluaskan kuasa dan penjajahannya menerusi siri tindakan kejam ke atas wilayah Palestin yang diduduki.

Semalam, tujuh rakyat Palestin ditangkap ketika rejim Israel menjalankan serbuan di kawasan kejiranan Ras-al Amud di Baitulmaqdis yang diduduki.

Menurut sumber tempatan, tentera Israel memecah masuk ke kawasan kejiranan itu pada lewat petang semalam, dan menangkap tujuh penduduk Palestin selepas menceroboh kediaman mereka.

Bagaimanapun, tujuh tahanan itu dibawa ke destinasi yang tidak diketahui.

Rabu lalu, tentera Israel menahan 30 rakyat Palestin dalam serbuan menyeluruh di Tebing Barat.

Hampir setiap hari tentera Israel menyerbu rumah Palestin dan mencetuskan pertempuran dengan penduduk di seluruh Tebing Barat, kononnya mencari individu ‘dikehendaki’.

Serbuan itu turut dilakukan di kawasan yang berada bawah kawalan penuh Pihak Berkuasa Palestin (PA), dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang waran. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button