Berita UtamaDunia

Tekad, kesabaran rakyat Palestin bakal hancurkan penjajahan Israel

Jenayah, holokus ke atas Gaza kekal jadi aib pada AS-Barat

GAZA, 2 Rabiulakhir 1445H, Selasa – Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menegaskan holokus dan penjajahan Israel ke atas Gaza, Deir al-Balah, Rafah dan Khan Yunis adalah bukti kekalahan serta perbuatan jenayah rejim.

Dalam kenyataan hari ini, Hamas berkata, penjajahan itu bagaimanapun tidak akan mematahkan tekad dan perpaduan rakyat Palestin dalam menentang kezaliman Israel.

“Untuk hari kesebelas Taufan Al-Aqsa, Amerika Syarikat (AS) terus menyokong Israel meneruskan holokus dan genosid terhadap rakyat Palestin di Deir al-Balah, Rafah, Khan Yunis, dan di seluruh Semenanjung Gaza.

“Penjajahan, jenayah dan holokus yang memusnahkan umat manusia akan kekal sebagai aib di dahi penyokong negara haram Israel, negara Amerika dan sekutu negara Barat,” menurut kenyataan di laman web rasmi Hamas.

Kumpulan pejuang Palestin itu menegaskan, penjajahan rejim Israel sama sekali tidak akan mematahkan perjuangan rakyatnya membebaskan negara Palestin.

“Tindakan agresif penjajah akan hancur dengan kesabaran, kepahlawanan dan perpaduan rakyat Palestin melalui penentangan berani rakyat Palestin,” tegasnya.

Sehingga kini, 2,808 rakyat Palestin syahid dan 10,859 yang lain cedera akibat pencerobohan tanpa henti Israel ke atas Gaza.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button