Berita UtamaDunia

Kanada rancang hantar diplomat sambung semula operasi di Kabul

Guna pasukan khas kawal keselamatan diplomat sepanjang bertugas

KABUL, 6 Jamadilawal 1443H, SabtuKanada merancang untuk menghantar beberapa diplomat ke Kabul bagi meneruskan semula operasi pejabat kedutaannya di Afghanistan, lapor Global News.

Pihak berkuasa Kanada memaklumkan, Pasukan Khas Kanada, JTF2 kemungkinan akan diberi tanggungjawab mengawal keselamatan diplomat sepanjang bertugas di Kabul.

Keputusan itu dibuat seminggu selepas Arab Saudi, Indonesia dan India mengumumkan pembukaan semula pejabat kedutaan masing-masing di Afghanistan.

Perancis juga berjanji akan memulakan semula operasi kedutaan di negara ini.

Bagaimanapun, kerajaan Kanada sebelum ini tidak mengeluarkan kenyataan untuk membuka semula operasi di Kabul.

Sumber memaklumkan beberapa negara bersedia menyambung semula operasi kedutaan dengan mengerahkan pasukan untuk mengawal keselamatan diplomat mereka.

Penglibatan tidak rasmi negara-negara Asia dan Eropah itu dilihat sangat sesuai pada masanya walaupun pentadbiran kerajaan sementara Taliban belum diiktiraf dunia.

Sebelum ini, masyarakat antarabangsa menentang prasyarat Taliban untuk menubuhkan kerajaan inklusif, menghormati hak manusia dan wanita serta tidak membenarkan tanah Afghanistan digunakan oleh kumpulan pengganas.

Sementara itu, Taliban pula berkata, pihaknya telah memenuhi kesemua syarat dan sudah tiba masanya untuk dunia mengiktiraf pentadbirannya sebagai sebuah kerajaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button