Berita Utama

Tiada perubahan kelas lesen memandu B2: JPJ

Tempoh pengurangan kompaun saman dilanjut hingga 15 Disember

BANGI, 6 Jamadilawal 1443H, Sabtu – Tiada sebarang perubahan terhadap kategori kelas lesen memandu jenis B2 sedia ada ketika ini.

Perkara itu dijelaskan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan kekeliruan yang dimuat naik oleh blogger pembidaan motosikal pertama di Malaysia, EbidMotor.com yang menyatakan kelas lesen memandu jenis B2 telah dinaikkan daripada kategori 250cc kepada 500cc.

“Sehingga kini penetapan memandu B2 masih kekal sebagai motosikal tidak melebihi 250cc.

“Jabatan ini memandang serius perkara tersebut dan menyeru orang ramai agar merujuk laman web dan media sosial rasmi JPJ sebelum mempercayai sebarang info yang tular,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi JPJ, hari ini.

Dalam hantaran berasingan, JPJ turut mengumumkan tempoh pengurangan kadar kompaun saman sebanyak 80 peratus dilanjutkan sehingga 15 Disember ini.

Katanya, pembayaran secara tanpa tunai adalah digalakkan di semua kaunter JPJ negeri, cawangan atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) dengan tertakluk pada arahan Kementerian Kewangan serta negeri.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button