Berita UtamaIstimewa

Bila pejuang agama mahu tampil desak haramkan rokok?

Sudah lama Majlis Fatwa Kebangsaan tegaskan rokok haram

BANGI, 7 Jamadilawal 1443H, Ahad – Meskipun ada undang-undang larangan merokok di beberapa kawasan awam, namun sehingga kini tidak ada tindakan tegas dilakukan.

Walhal, rokoklah antara punca utama yang menyebabkan anak-anak muda – termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah – terjerumus dalam gejala dadah.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, mengikut dapatan kajian beliau dan rakan-rakan bertajuk ‘faktor penagihan dadah dalam kalangan etnik Melayu berbanding etnik Cina’, boleh dikatakan tidak ada penagih dadah yang tidak bermula dengan rokok.

“Semuanya bermula dengan rokok. Tidakkah kita sedar rokok punca berleluasanya dadah hari,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Dalam pada itu, beliau berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan menfatwakan begitu lama, bahawa rokok, termasuk vape itu adalah haram.

Bagaimanapun, di negara ini, sesiapapun termasuk orang Islam yang berumur lebih 18 tahun boleh membeli rokok, tembakau atau produk lain yang mempunyai nikotin dengan begitu mudah tanpa sebarang tindakan undang-undang.

“Di negeri Terengganu, penjualan vape semakin berleluasa. Kedai vape seperti cendawan tumbuh.

“Apa yang dapat diharapkan. Malah, perokok yang beragama Islam ini begitu angkuh sehingga berani melakukan dosa merokok di tempat yang dilarang merokok atau vape, termasuklah di Dewan Rakyat

“Saya sedang menunggu, pejuang-pejuang agama untuk tampil bersuara dan mengikuti langkah terbaharu kerajaan New Zealand ini,” katanya.

Sebelum ini, New Zealand dilaporkan akan mengharamkan penjualan tembakau atau rokok kepada rakyatnya yang dilahirkan selepas tahun 2008.

Ini bagi memastikan generasi akan datang tidak lagi merokok.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button