Berita Utama

Lima daerah baharu diwujudkan di Sarawak

Gedong bakal dilengkapi infrastruktur, pentadbiran lebih terperinci

SIMUNJAN, 7 Jamadilawal 1443H, Ahad – Kerajaan negeri Sarawak mewujudkan lima daerah baharu sebagai usaha pemantapan penyampaian perkhidmatan kepada penduduk.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, penubuhan lima daerah baharu itu dilaksanakan berdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan. 

Daerah baharu itu melibatkan Siburan di bahagian Serian, Gedong dan Sebuyau di Samarahan serta Lingga dan Pantu di Sri Aman.

“Bagi memantapkan perkhidmatan kepada rakyat, kerajaan negeri melaksanakan kajian mengenai kebolehpelaksanaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, maka lima pusat daerah baharu diwujudkan meliputi bahagian Samarahan, Serian dan Sri Aman,” katanya seperti dilapor Kosmo.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran Gedong sebagai daerah baharu, hari ini  

Dalam pada itu, Abang Johari berkata, Gedong yang dinaik taraf sebagai daerah, bakal mempunyai infrastruktur dan pentadbiran lebih terperinci.

“Gedong juga akan mempunyai satu pendekatan pembangunan melalui Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) yang akan membangunkan daerah di Samarahan termasuk di Gedong.

“Maka Gedong bakal menjadi kawasan pinggiran bandar secara tidak langsung seterusnya meningkatkan taraf hidup penduduk,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button