Berita UtamaDunia

Puting beliung di Kentucky ragut 70 nyawa

Paling teruk dalam sejarah, 'menghentam' sejauh 322 km

KENTUCKY, 7 Jamadilawal 1443H, Ahad – Sekurang-kurangnya 70 orang dikhuatiri maut di Kentucky selepas puting beliung dan cuaca buruk melanda beberapa negeri, menyebabkan kemusnahan besar.

Di negeri Illinois, ramai terperangkap selepas sebahagian bumbung runtuh di gudang Amazon.com Inc pada Jumaat, dengan dua orang disahkan maut, kata pihak berkuasa tempatan.

Gabenor Kentucky, Andy Beshear pada sidang akhbar, semalam berkata, jumlah kematian mungkin melebihi 100.

“Tahap kemusnahan tidak seperti sebelum ini. Kami pasti lebih 50 orang Kentuckians hilang, saya jangka angka korban cecah 70. Mungkin melebihi 100 orang selepas ini,” katanya.

Beshear, yang mengisytiharkan darurat juga berkata, puting beliung terkuat itu ‘menghentam’ sejauh 200 batu (322km) negeri itu, menyifatkannya sebagai paling teruk dalam sejarah Kentucky.

Sekurang-kurangnya empat puting beliung mendarat  di seluruh Kentucky, menyebabkan kerosakan yang ketara di lebih 12 daerah. Puting beliung utama melaungkaui lebih 227 batu (365 km) merentasi negeri.

Beberapa kemusnahan paling teruk berlaku di Mayfield di barat Kentucky. Kira-kira 110 orang berada di dalam sebuah kilang lilin di kawasan itu apabila puting beliung melanda, merobohkan bumbung, kata Beshear. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button