Berita Utama

Tuhan tak turun bersidang di DUN, kata anggota perundangan SUHAKAM

Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan 2019 boleh dikritik

BANGI, 8 Jamadilawal 1443H, Isnin – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) sekali lagi mencetus kontroversi pada ketika kemarahan masyarakat terhadap mereka masih belum reda.

Ini selepas Ketua Bahagian Undang-Undang dan Perjanjian Antarabangsanya, Afiq M Noor mengeluarkan kenyataan bahawa tuhan tidak turun bersidang ke Dewan Undangan Negeri.

Oleh disebabkan itu, katanya lagi, Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan 2019 boleh dikritik.

“Jadi tuhan tak turun bersidang di Dewan Undangan Negeri.

“Ini semua laki-laki dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang duduk berbincang dan luluskan undang-undang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam forum awam anjuran Sisters In Islam (SIS) yang bertajuk ‘Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019’.

Forum itu disiarkan menerusi platform Zoom pada 9 Disember lepas.

Forum itu menampilkan tiga panel iaitu Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Dr Haezreena Begum; Pengasas Justice for Sisters and Queer Lapis, Thilaga Sulathireh dan Pengurus Unit ALSR SIS, Adam Idris

Difahamkan, Afiq mengeluarkan kenyataan itu ketika membuat kesimpulan daripada hujah salah seorang panelis.

Terdahulu, Hazreena menegaskan, bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019 ini buatan manusia.

“…undang-undang ini adalah buatan manusia. Kenapa saya berkata ini kerana yang menggubal undang-undang adalah manusia.

“Dan undang-undang ini tidak disahkan oleh tuhan atau kuasa ilahi,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button