Tarbiyah

ISMA teruskan agenda dakwah tingkatkan jati diri masyarakat

Fokus unsur penting dalam struktur sosial iaitu peradaban ummah

PERTEMUAN dengan hampir 100 orang ahli-ahli ISMA Sandakan dalam majlis makan malam penghargaan kepada penggerak dakwah komuniti dan pelancaran Skuad Gagah ISMA Sandakan.

Usaha ISMA untuk membangunkan komuniti Ummah merupakan kerja asas bagi membentuk sebuah negara yang kuat, maju dan berdaulat. ISMA menumpukan kepada unsur penting dalam struktur sosial dalam peradaban iaitu ummah.

Kerjasama erat dengan pemimpin masyarakat dapat membantu usaha dakwah ini. Kepercayaan yang diberikan oleh mereka adalah atas asas kesungguhan dan keikhlasan ISMA dalam agenda dakwahnya membangunkan jati diri anggota masyarakat setempat.

Pengaruh kepimpinan untuk menggerakan ahli-ahli mencapai objektif yang jelas juga membantu mereka untuk menyumbang bersama dalam mencapai hasrat besar yang dicita-citakan.

Skuad Gagah ISMA Sandakan adalah inisiatif inklusif oleh YDP ISMA Sandakan, En. Muhammad Nur bin Selamit, mendekatkan dakwah kepada “Tarbiah Gym” dan semua lapisan masyarakat yang mahu berjuang bersama-sama untuk memikul beban perjuangan ini.

Ini adalah hasil yang dicapai selepas usaha bertahun-tahun dengan penuh tekun dan sabar. Moga Allah SWT berkati.

Ustaz Shuhaib ar-Rumy Selamat
Presiden ISMA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button