Berita Utama

Buli: KPM bakal perkenal konsep ‘Sekolahku Sejahtera’

Terapkan nilai murni dari peringkat awal persekolahan

BANGI, 8 Jamadilawal 1443H, Isnin – Kementerian Pendidikan (KPM) kini berada pada peringkat akhir sesi libat urus bagi memuktamadkan kerangka ‘Sekolahku Sejahtera’ yang bakal menumpukan aspek penerapan nilai murni dalam kalangan pelajar.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ‘Sekolahku Sejahtera’ mengandungi 14 elemen yang akan diterapkan dalam sesi pembelajaran pelajar di kelas menggunakan kaedah secara semula jadi.

Secara keseluruhan, katanya, elemen berkenaan bakal memberi garis panduan kepada pelajar untuk membuat suatu keputusan secara rasional, sekali gus mengelak daripada terjebak gejala buli.

“Buli berlaku apabila ramai anak-anak kita yang tidak bertindak secara rasional. Masing-masing mengambil tindakan kerana merasakan mereka berada dalam kelompok ramai dan boleh membuli sahabat-sahabat lain.

“Oleh itu, KPM akan memperkenalkan konsep Sekolahku Sejahtera,” katanya seperti dipetik laporan media tempatan, hari ini.

Radzi menjelaskan bahawa konsep Sekolahku Sejahtera ini tidak membabitkan pewujudan mata pelajaran baharu, namun pendekatan untuk menerapkan nilai murni dari peringkat awal persekolahan.

“Sebagai contoh apa yang saya sebut tadi bahawa rasional anak-anak kita tidak didedahkan di peringkat awal mengenai keperluan membuat keputusan dengan rasional.

“Jika mereka memikirkan secara rasional dan tahu tindakan itu tidak betul akan memberi kesan besar kepada diri, keluarga dan masa depan mereka,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button