Berita UtamaDunia

Polis Israel tembak mati rakyat Palestin di Tebing Barat

Seorang mangsa meninggal dunia akibat cedera selepas ditembak

RAMALLAH, 8 Jamadilawal 1443H, Isnin – Pihak berkuasa negara pengganas Israel membunuh seorang warga Palestin ketika serbuan pada Isnin di Tebing Barat yang diduduki, kata sebuah hospital tempatan.

Kumpulan Jihad Islam mengeluarkan kenyataan berkabung di atas kematian lelaki itu, tetapi tidak segera mendakwa mangsa sebagai anggotanya.

Polis sempadan Israel berkata, pasukan Zionis yang menyamar melepaskan tembakan ke arah rakyat Palestin yang melemparkan bahan letupan ke arah mereka dari jarak dekat.

Tindakan itu selepas mereka menahan seorang anggota pejuang Palestin yang dikehendaki di bandar Nablus Tebing Barat dan merampas senapang di rumahnya.

Dalam satu kenyataan, polis sempadan berkata, salah seorang rakyat Palestin yang melemparkan bahan letupan ke arah unit itu terkena tembakan Israel.

Pegawai di hospital tempatan berkata, dia meninggal dunia akibat kecederaannya.

Israel menawan Tebing Barat dalam perang 1967.

Rakyat Palestin berusaha untuk menubuhkan sebuah negara di wilayah itu dan di Semenanjung Gaza, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota.

Rundingan damai Israel-Palestin gagal pada 2014. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button