Pendapat

Bangsamoro: Kerajaan Islam paling baharu

Banyak aset sejarah Islam yang perlu digali dan dijejak

1. FILIPINA memiliki 114 juta penduduk, 16 wilayah. Salah satu dari 16 wilayah itu adalah Wilayah Autonomi Bangsamoro, yang baru saja ditubuhkan pada 21 Januari 2019 hasil perjanjian damai 2014 di Manila bawah fasilitasi Malaysia.

2. Wilayah Bangsamoro memiliki 5 negeri; Maguindanao, Basilan, Tawi-Tawi, Sulu dan Lanao Del Sur. Keluasannya 14,000KM persegi, iaitu menyamai jumlah saiz negeri Terengganu dan Pulau Pinang. Manakala penduduknya 5 juta penduduk, iaitu menyamai jumlah penduduk di Terengganu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. 90% penduduk adalah Muslim. Ibu negerinya Cotabato City.

3. Ketua Menterinya Murad Ibrahim, bekas pimpinan MILF yang bertaraf komando. Beliaulah figura penting yang menjayakan rundingan damai dengan Kerajaan Filipina hingga berjaya mendapat autonomi untuk memerintah sendiri.

4. Kini, Kerajaan Islam paling Timur ini diberi kuasa untuk menentukan masa depan sendiri. Mampukah mereka bangkit menjadi bangsa berdaulat? Mampukah mereka mengembalikan aura Kesultanan Islam Sulu dan Kesultanan Islam Maguindanao yang gemilang?

5. Mereka saudara kita, berbahasa hampir seperti kita. Banyak aset sejarah Islam yang perlu digali dan dijejak di sini. Jika anda berkelapangan, ziarahlah Kerajaan Baharu Bangsamoro ini.

Ustaz Bilal Jailani
Pengurus Besar Yayasan Ikhlas

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button