Berita Utama

Isu sekolah vernakular: Pemimpin seolah takut nak bela hak anak bangsa

Penubuhan sekolah vernakular lebih beri masalah dari kebaikan

Zuhayati Yazid

BANGI, 11 Jamadilakhir 1443H, Jumaat – Tidak mustahil rakyat akan memberontak dan menunjukkan ‘kuasa’ mereka sekiranya kerajaan berterusan dengan sikap tidak acuh dalam isu-isu penting negara.

Kerajaan seharusnya memiliki pendirian tegas dan adil selain mengutamakan keperluan rakyat berbanding mengikut telunjuk pihak tertentu yang mempunyai agenda.

Misalnya, dalam isu sekolah vernakular, seperti tiada pendirian tegas seolah-olah terpaksa patuh dengan kehendak pertubuhan Cina, Dong Zong, kata Naib Pengerusi PEMBELA, Mohd Nor Izzat Mohd Johari.

Walhal, sekolah vernakular tidak sepatutnya wujud dan perlu diharamkan kerana penubuhannya hanya membawa lebih banyak masalah berbanding kebaikan.

Lebih-lebih lagi, tiada negara dalam dunia memiliki sekolah banyak aliran seperti yang berlaku di negara kita.

“Perkara ini perlu diberikan perhatian memandangkan ia melibatkan anak bangsa dalam mencorakkan masa depan negara.

“Tapi sayangnya, pemimpin kita tak nampak, sebaliknya kelihatan ‘takut’ dan rela membela yang tidak sepatutnya,” katanya.

Sebelum ini Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya bahawa kewujudan sekolah vernakular di negara ini adalah strategi kolonial untuk memecahkan kaum dan menghina bangsa Melayu.

“Saya nampak ada benarnya. Memang kita nampak perpaduan kaum tidak akan berlaku dengan adanya sekolah vernakular ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button