Berita Utama

Warga emas maut jatuh flat hempap kereta

Tiada unsur jenayah, siasatan awal dapati mangsa ada masalah mental

BANGI, 8 Jamadilawal 1443H, Isnin – Seorang wanita warga emas maut dipercayai terjatuh dari unit atas sebuah flat di Cheras, hari ini.

Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menerima panggilan kecemasan membabitkan insiden berkenaan kira-kira jam 7.22 pagi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Cheras yang dikerahkan ke lokasi kejadian menemui mangsa yang berusia 62 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas sebuah kenderaan di kawasan tempat letak kereta flat itu.

“Mangsa dipercayai jatuh dari flat itu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati wanita berkenaan ada masalah mental dan tiada unsur jenayah ditemui dalam insiden berlaku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengetahui punca kematian mangsa.

Orang ramai mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu boleh menghubungi Ketua Polis Balai Cheras, Asisten Superintendan Mohd Redzuan Md Darus di talian 03-92050301 dengan sambungan 302.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button