Berita UtamaIstimewa

Kerajaan terlalu berlembut punca cetus desakan melampau, rasis

'Kita tak halang guna bahasa mereka, jadi jangan halang tulisan Jawi'

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 9 Jamadilawal 1443H, Selasa – Desakan pertubuhan radikal Dong Jiao Zong sejak akhir-akhir ini dilihat semakin melampau sehingga melebihi permintaan penduduk asal, orang Melayu.

Terdahulu, pertubuhan rasis itu tanpa segan silu menuntut Jabatan Pendidikan Pahang memperbetulkan susunan tulisan pada papan tanda dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pekan.

Ia susulan susunan tulisan papan tanda SJKC yang dipasang memaparkan Jawi menjadi tulisan utama diikuti tulisan Cina dan tulisan rumi.

Dong Jiao Zong kononnya mendakwa, Jawi tidak sepatutnya menjadi tulisan utama pada papan tanda sekolah tersebut.

Mengulas perkara itu, Profesor di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Ketamadun Islam (ISTAC) UIAM, Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican pelik kenapa Dong Jiao Zong bersungguh mempertikai isu papan tanda di SJKC.

Sepatutnya mereka sedar dan faham bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa rasmi dalam urusan kerajaan serta kenyataan umum.

“Perkara ini tidak boleh dipertikaikan lagi, sudah tertulis dalam Perlembagaan. Ingatlah, bahasa Melayu dan Jawi adalah watan kepulauan Melayu.

“Kita tidak pernah halang mereka guna bahasa Cina di premis persendirian contohnya di kedai milik mereka. Gunalah…tapi ini melibatkan premis dan urusan rasmi.

“Tak perlu persoal kerana ini telah digunakan sejak dahulu lagi, begitu juga tulisan Jawi lebih awal digunakan kerana ketika bahasa ini berkembang sebagai bahasa ilmu, tulisan pertama diperkenalkan ialah tulisan Jawi,” katanya.

Prof Murad juga mengakui pelik dengan segelintir kaum Cina yang membuat ‘masalah’ – sengaja membingitkan perasaan Melayu sejak dahulu.

Beliau tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku hari ini adalah implikasi daripada kelemahan kerajaan Melayu terdahulu yang terlalu ‘lembut hati’ sehingga memakan diri.

“Inilah kesan daripada kerajaan Melayu lama dan juga hari ini yang terlalu mahu menjaga hati bangsa lain.

“Lebih malang, sanggup berkongsi kuasa sehingga akhirnya membawa malapetaka kepada negara sendiri,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button