Berita UtamaDunia

PBB rancang salur AS$20 juta setiap minggu kepada Afghanistan

Bendung aliran tunai yang kritikal, tangani krisis kemanusiaan

KABUL, 9 Jamadilawal 1443H, SelasaPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merancang untuk menyalurkan dana sebanyak AS$20 juta setiap minggu kepada Afghanistan bagi mengatasi masalah kekurangan aliran wang tunai.

Wang berkenaan akan dipindahkan ke Bank Antarabangsa Afghanistan (AIB) sebelum diagihkan kepada rakyat untuk keperluan semasa sehingga Mac 2022.

Keputusan itu dibuat sehari selepas perjanjian Misi Bantuan PBB di Afghanistan (UNAMA) menyalurkan wang tunai bagi peringkat ketiga, Ahad lalu.

Menerusi bantuan berkenaan, AIB menerima sejumlah AS$19.2 juta.

PBB turut memberi jaminan akan terus menyalurkan bantuan selepas Mac depan dan memaklumkan jumlah dana juga akan ditambah.

Keputusan berkenaan di yakini dapat membendung krisis kemanusiaan di negara pimpinan Taliban ketika berdepan kekurangan aliran tunai.

September lalu, Majlis Keselamatan PBB sebulat suara bersetuju melanjutkan perjanjian UNAMA selama enam bulan lagi.

Tindakan itu sebagai lanjutan sementara berikutan ketidakstabilan di negara itu selepas Taliban memerintah, bulan lalu.

Majlis yang dianggotai 15 delegasi itu meminta Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyediakan perancangan dan strategi untuk mandat UNAMA berdasarkan perkembangan politik, keselamatan serta pembangunan sosial. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button