Berita UtamaDunia

Iron Dome Israel tertembak dron milik rejim sendiri

Iron Dome hanya mampu memintas sejumlah kecil peluru berpandu

TEL AVIV, 14 Syawal 1442H, Rabu – Sistem pertahanan negara haram Israel ‘Iron Dome’ secara tidak sengaja menembak jatuh dron miliknya sendiri ketika serangan di Semenanjung Gaza, lapor media tempatan.

“Sistem Iron Dome secara tidak sengaja memintas dron rejim Israel ketika perang di Gaza baru-baru ini,” kata sumber tentera yang dipetik oleh Perbadanan Penyiaran Awam Israel.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan tarikh pemintasan dron itu secara spesifik. 

Iron Dome adalah sistem pertahanan Israel yang beroperasi di selatan untuk memintas peluru berpandu dan roket yang dilancarkan kumpulan pejuang Palestin dari Semenanjung Gaza.

Media melaporkan, Israel kononnya memperbesar-besarkan keupayaan pertahanan Iron Dome, sedangkan hakikatnya hanya mampu memintas sejumlah kecil peluru berpandu.

Ini kerana, pejuang Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) berjaya melepaskan lebih 100 roket dalam tempoh seminit termasuk beberapa dozen ke arah ibu negara Israel, Tel Aviv dalam tempoh 24 jam.

Sekurang-kurangnya 254 orang Palestin, termasuk 66 kanak-kanak dan 39 wanita, terbunuh, dan lebih dari 1,900 yang lain cedera dalam 11 hari serangan besar-besaran Israel di Semenanjung Gaza, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

13 penduduk haram Israel juga terbunuh dalam tembakan roket Palestin dari Semenanjung Gaza.  

Terdahulu, gencatan senjata antara Israel dan Palestin yang dikelola oleh Mesir mengakhiri peperangan selama 11 hari.

Ia sangat signifikan kepada penduduk Palestin kerana negara pengganas Israel telah mengaku kalah kepada Pejuang Hamas. 

Gencatan senjata tanpa syarat itu juga menamatkan peperangan yang disifatkan sebagai paling dahsyat pernah berlaku di Gaza sejak tahun 2014. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button