Berita Utama

Pertikai tulisan Jawi bukti Dong Jiao Zong tolak kepelbagaian

Tuntutan melampau terus berlaku selagi vernakular dibenarkan

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 10 Jamadilawal 1443H, Rabu – Bukan sesuatu yang pelik apabila Dong Jiao Zong tanpa segan silu menuntut Jabatan Pendidikan Negeri Pahang memperbetulkan susunan tulisan pada papan tanda dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pekan.

Sebaliknya, desakan pertubuhan radikal itu seperti sudah dijangka kerana dari dahulu lagi Dong Jiao Zong konsisten menentang pemerkasaan tulisan Jawi.

Namun apa mendukacitakan, kerajaan hingga ke hari ini tidak juga mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka – walaupun sudah banyak kali menuntut perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan dan budaya negara.

Berikutan itu, Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni melontarkan persoalan berhubung dakwaan pertubuhan radikal itu yang menginginkan kepelbagaian budaya dan bahasa di sekolah vernakular.

Ini kerana hakikatnya, tuntutan agar tulisan Jawi diletakkan paling bawah pada papan tanda SJKC membuktikan bahawa Dong Jiao Zong tidak menerima kepelbagaian.

“Dong Jiao Zong yang mendakwa inginkan kepelbagaian budaya dan bahasa di sekolah vernakular, sebenarnya tidak menerima pun kepelbagaian itu pada hakikatnya.

“Bahkan di masa yang sama mereka menolak budaya dan bahasa yang merupakan identiti kebangsaan negara ini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Justeru, Ustaz Fauzi berpendapat gesaan pertubuhan radikal Cina itu bukan sesuatu yang menghairankan sebaliknya sudah boleh dijangka.

Bahkan beliau turut yakin isu seperti ini tidak akan menemui titik noktah.

“Selagi sekolah vernakular terus dibenarkan di negara ini, selagi itulah tuntutan-tuntutan melampaui batas itu akan berlaku,” katanya.

Pautan terdahulu:
https://ismaweb.net/2021/11/30/papan-tanda-jawi-abang-besar-baru-berdehem-hang-soon-laju-bagi-arahan/
https://ismaweb.net/2021/11/29/isu-papan-tanda-jawi-di-sjkc-dong-zong-sarawak-kecam-pihak-berkuasa/
https://ismaweb.net/2021/11/28/tak-hormat-masyarakat-cina-2-pemimpin-dap-bidas-isu-papan-tanda/
https://ismaweb.net/2021/11/28/adun-dap-bidas-papan-tanda-jawi-di-sjkc-tuntut-diturunkan/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button