Berita Utama

2 pegawai SPRM ditahan bantu kes rompakan berkumpulan

PDRM gesa orang ramai beri ruang polis jalankan siasatan

BANGI, 11 Jamadilawal 1443H, Khamis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan penahanan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi membantu siasatan kes rompakan berkumpulan membabitkan kerugian RM700,000 pada 10 Disember lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan (Rompakan Berkumpulan).

Beliau berkata, dua pegawai SPRM berusia 37 tahun dan 39 tahun itu telah ditahan reman bermula 16 Disember sehingga 19 Disember 2021.

“Justeru, PDRM menyeru orang ramai supaya memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara telus dan adil.

“Kertas siasatan akan dikemukakan ke kamar Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan dua individu termasuk seorang pegawai agensi penguat kuasa ditahan polis selepas disyaki terbabit kes rompakan berkumpulan di sebuah rumah di Jalan Ampang.

Dalam kejadian 12 tengah hari Jumaat lalu, tiga lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai penguat kuasa sebuah agensi penguat kuasa memecah masuk rumah seorang ahli perniagaan berusia 50-an.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button