Berita Utama

5 pelajar direman bantu siasatan buli junior

Perintah reman selepas terima permohonan polis

MUAR, 11 Jamadilawal 1443H, Khamis – Lima pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di daerah ini yang disyaki membuli seorang pelajar junior sekolah itu direman hingga Sabtu ini untuk membantu siasatan.

Perintah reman terhadap semua yang berusia 16 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Analia Kamaruddin selepas menerima permohonan polis.

Semua pelajar tingkatan empat itu direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, mereka tiba di perkarangan mahkamah pada 8.30 pagi dengan menaiki lori polis.

Semalam, semua mereka dilaporkan ditahan di sekitar Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Bahru selepas disyaki terlibat dalam kes buli seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Zaharudin Rasip dilaporkan berkata, kejadian menyebabkan mangsa mengalami bengkak di rusuk kiri dan telah menerima rawatan di hospital. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button