Berita Utama

Penerima Sinovac, individu 60 tahun ke atas perlu ambil dos penggalak

Perlu ambil suntikan selewat-lewatnya pada Februari 2022

BANGI, 11 Jamadilawal 1443H, Khamis – Semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac atau individu berumur 60 tahun ke atas – tanpa mengira jenis vaksin siri primer – perlu mengambil dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu telah dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Strategic Advisory Group of Experts on Immunisation (SAGE).

Beliau berkata, cadangan itu juga telah disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 – Booster (CITF-B) pada 8 Disember lalu.

Sehubungan itu, individu dalam kumpulan terbabit perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari 2022, katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas bulan Februari 2022, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap dan individu tersebut tidak layak untuk menerima kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button