Berita Utama

Polis kesan pelajar lelaki 16 tahun pukul junior di Klang

Pelajar dibuli terpaksa terima rawatan di hospital

JOHOR BAHRU, 11 Jamadilawal 1443H, Khamis – Polis sedang mengesan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun selepas dipercayai membuli seorang pelajar lain berusia 15 tahun, sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital di daerah Kluang, pada 9 Disember lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang DSP Abdul Razak Abdullah berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada pukul 6.18 petang semalam, mendakwa dipukul seorang pelajar ‘senior’ dari sekolah yang sama.

Beliau berkata pelajar berkenaan yang mengalami trauma dan sakit di bahagian dada, sebelum ini menerima rawatan di hospital sebagai pesakit luar.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila pelajar senior tersebut tidak berpuas hati dengan sikap mangsa, sekali gus menyebabkan pelajar junior itu dibuli,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata Bahagian Siasatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang akan mengambil tindakan susulan.

Abdul Razak berkata pihaknya mengambil serius kes-kes jenayah melibatkan pelajar sekolah dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button