Berita UtamaDunia

Tentera Syria terbunuh dalam serangan udara Zionis

Pasukan pertahanan udara berjaya tembak jatuh sebahagian besar peluru berpandu

DAMSYIK, 11 Jamadilawal 1443H, Khamis – Seorang askar Syria terbunuh dalam serangan peluru berpandu negara pengganas Israel dari Bukit Golan.

“Sekitar jam 12.50 pagi, musuh Israel melakukan serangan udara dengan beberapa peluru berpandu dari arah Bukit Golan yang dijajah dan menyasarkan beberapa tempat di bahagian selatan,” menurut sumber tentera.

Memetik laporan agensi berita SANA, pasukan pertahanan udara Syria kemudian berjaya menembak jatuh sebahagian besar peluru berpandu itu.

Sumber berkenaan menyatakan bahawa pencerobohan itu menyebabkan kematian seorang askar dan kerosakan material.

Sejak perang saudara meletus di Syria pada tahun 2011, negara haram Israel melancarkan ratusan serangan udara di wilayah Syria dengan menyasarkan kedudukan kerajaan di negara itu.

Awal bulan ini, tentera Syria berkata, rejim Zionis melakukan serangan terhadap satu penghantaran senjata Iran di Pelabuhan Latakia, barat Syria tetapi tidak menyebabkan kecederaan.

Pada akhir November lalu, serangan peluru berpandu Israel di wilayah barat Homs mengorbankan lima orang, kata Badan Pemantau Syria untuk Hak Asasi Manusia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button