Berita UtamaDunia

Varian Delta masih dominan di Itali

Masih terlalu awal buat kesimpulan kesan penyakit akibat Omicron

MILAN, 11 Jamadilawal 1443H, Khamis – Kes penularan COVID-19 bagi varian Delta masih dominan di Itali.

Data tinjauan yang dikeluarkan Institut Kesihatan kebangsaan (ISS) menunjukkan, ia menyumbang lebih daripada 99 peratus kes pada 6 Disember.

Sebaliknya bagi varian baharu Omicron, ia menyumbang 0.19 peratus daripada kes, iaitu empat kes pada hari yang sama.

Angka rasmi menunjukkan, bilangan kes varian Omicron pada 15 Disember di Itali ialah 28.

“Penularan Omicron dijangka secara meluas dan tinjauan masa depan akan membolehkan kami menganggarkan kepantasan penyebarannya,” kata Presiden ISS, Silvio Brusaferro.

Afrika Selatan memaklumkan kepada dunia mengenai penemuan varian baharu COVID-19 itu pada bulan November, sekali gus mencetuskan kebimbangan ia boleh menyebabkan lonjakan dalam jangkitan di peringkat global.

Sejak itu, ia telah dikesan di lebih 70 buah negara di seluruh dunia.

Para saintis mengesyaki Omicron menular dengan cepat, walaupun mereka mengingatkan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai kesan yang bakal wujud. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button