Dunia

Palestin kesan 3 kes Omicron pertama

Babit individu dari luar negara tanpa dinyatakan dari mana

RAMALLAH, 12 Jamadilawal 1443H, Jumaat – Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan tiga kes pertama varian baharu COVID-19, Omicron yang dikenal pasti di negara ini.

Jurucakap kementerian, Kamal al-Shakra berkata, ketiga-tiga kes itu dikesan di Bethelehem, Hebron dan Tubas di Tebing Barat.

Difahamkan, ketiga-tiga itu membabitkan individu yang datang dari luar negara tanpa menyatakan lanjut dari negara mana.

Beliau berkata, kakitangan kementerian kini berusaha mengesan kontak rapat tiga kes berkenaan untuk tujuan saringan dan pengasingan.

Varian Omicron, pertama kali dikesan di Afrika Selatan dan Hong Kong pada bulan lalu, kini dilaporkan telah merebak di lebih 70 negara termasuk Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand dan Indonesia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, bukti awal menunjukkan bahawa vaksin COVID-19 mungkin kurang berkensa terhadap jangkitan dan penularan yang dikaitkan dengan varian itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button