Berita Utama

LRA Semenyih 2 dihenti tugas, bekalan air di 70 kawasan Hulu Langat terjejas

Air Selangor akan gerakkan bantuan alternatif guna lori tangki air

KUALA LUMPUR, 14 Jamadilawal 1443H, Ahad – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) terpaksa menghenti tugas satu lagi loji rawatan air iaitu LRA Semenyih 2 hari ini berikutan peningkatan paras air yang masuk ke rumah pam air mentah.

Berikutan itu, sebanyak 70 kawasan di wilayah Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Menurut kenyataan Air Selangor, pihaknya belum dapat memastikan bila LRA Semenyih 2 kembali beroperasi sepenuhnya.

Air Selangor akan menggerakkan bantuan bekalan air alternatif menggunakan lori tangki air secara berperingkat kepada para pengguna dan premis-premis kritikal di kawasan yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

Pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang terbabit menerusi laman sesawang http://hentitugas.airselangor.com/ dan aplikasi Air Selangor.

Sebelum ini, Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 dan LRA Sungai Langat dihenti tugas berikutan peningkatan paras sungai yang mengakibatkan banjir. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button