Berita UtamaDunia

OIC tubuh dana kemanusiaan bantu Afghanistan

Bank Pembangunan Islam salur bantuan pada suku pertama 2022

ISLAMABAD, 15 Jamadilawal 1443H, Isnin – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berjanji untuk menubuhkan dana kemanusian kepada Afghanistan, ketika jutaan rakyat negara ini berdepan kelaparan dan krisis kemanusiaan.

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menegaskan tindakan segera perlu dilakukan bagi mengelak keadaan menjadi lebih huru-hara.

“Setiap kerajaan apabila berdepan untuk tidak mampu membayr gaji penjawat awam, petugas hospital, jururawat pasti akan tumbang namun tiada siapa mahu menjadi ke arah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sidang kemuncak bersama Menteri-Menteri Luar dari OIC.

Resolusi yang dikeluarkan mesyuarat berkenaan bersetuju dengan Bank Pembangunan Islam akan mengetuai bantuan sekurang-kurang pada suku pertama tahun 2022.

Malah, resolusi berkenaan turut menggesa pentadbiran Taliban mematuhi peraturan dan perjanjian hak asasi kemanusiaan terutama hak asasi wanita serta kanak-kanak termasuk mereka yang memerlukan.

Bagaimanapun, mesyuarat OIC sebulat suara tidak memberikan pengiktirafan terhadap kerajaan Taliban dan Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi turut dikecualikan merakamkan gambar bersama rakan sejawatannya ketika menghadiri persidangan berkenaan.

Sementara itu, Amir Khan berkata, kerajaan mempunyai hak untuk diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Terkini, pentadbiran Afghanistan sedang membuat kerjasama dengan beberapa negara asing.

Malah, Amir Khan ketika berucap berkata, tindakan Amerika Syarikat (AS) membekukan aset negara adalah contoh yang jelas menunjukkan pencabulan terhadap hak asasi rakyat Afghanistan.

Tindakan tersebut boleh disifatkan sebagai permusuhan dengan pentadbiran Taliban. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button