Berita UtamaDunia

Erdogan mahu turunkan kadar inflasi

Yakin ekonomi Turki kekal di landasan sewajarnya

ANKARA, 15 Jamadilawal 1443H, Isnin – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan untuk mengekang kadar inflasi dan meningkatkan ‘tentangannya’ terhadap penetapan kadar faedah tinggi.

Pihak beliau juga yakin ekonomi Turki akan terus kekal di landasan sewajarnya berdasarkan pasaran bebas seperti dilakukan setakat ini.

“Cepat atau lambat, kita mahu menurunkan inflasi kepada empat peratus ketika saya berkuasa, kita akan mengurangkannya semula.

“Namun saya tidak akan membenarkan rakyat dihancurkan oleh kadar faedah, kita yakin kadar inflasi akan turun secepat mungkin,” katanya di Sidang Kemuncak Turki-Afrika.

Pada 2011, kadar harga pengguna mencecah sekitar empat peratus namun inflasi terus meningkat sejak tahun 2017.

Sejak September lalu, di bawah tekanan Erdogan, bank pusat mengurangkan kadar faedah utama sebanyak 500 mata.

Minggu lalu, kadar faedah diturunkan sebanyak empat kali walaupun kadar inflasi tahunan mencecah 21.31 peratus pada November.

Malah, pakar-pakar ekonomi meramalkan kenaikan lagi bulan ini.

Selain itu, pihaknya turut mendakwa Turki berada di bawah ‘serangan mengarut’ dan mengkritik kehendak Persatuan Perniagaan dan Usahawan Berpengaruh (TUSIAD).

TUSIAD menimbulkan kemarahan Erdogan selepas menyeru kerajaan supaya meninggalkan dasar ekonomi diamalkan ketika ini dan kembali kepada ‘peraturan sains ekonomi’. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button